From big races to Saturday morning group runs—find larian santai (fun run) events and connect with the local endurance sports community.
IMMI SELRUN 2026!
Jom sertai Imigresen Selangor Run pada 16 Ogos 2026 di Kompleks PKNS Shah Alam. Acara ini dianjurkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Selangor dengan matlamat memupuk gaya hidup sihat di samping mengeratkan hubungan antara komuniti dan warga JIM.
IMMI SELRUN 2026 pasti menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan, nikmati suasana meriah, laluan larian yang menarik serta pelbagai aktiviti sampingan untuk semua peringkat umur.
Tandakan tarikh dan jangan lepaskan peluang menyertai IMMI SELRUN 2026!